HUKUM OHM
Jika rintangan (R) yang diberi kepada pengaliran arus (I) ditambah, manakala voltan (V) tetap seperti peringkat permulaan (tidak berubah) arus akan berkurangan dengan menganggap suhu rintangan itu tidak berubah.
Dengan bertambahnya rintangan R akan mengurangkan I, jadi I adalah berkadar songsang dengan R. I, V dan R dirangkaikan secara am dinamakan Hukum Ohm. Hokum ohm menyatakan bahawa arus yang mengalir di dalam litar adalah berkadar terus dengan voltan dan berkadar songsang dengan rintangan dengan menganggap suhu rintangan tidak berubah.
1.0 LITAR SIRI
1.1 Mengenalpasti Litar Siri
Litar siri ialah litar elektrik yang mempunyai cuma satu laluan arus di antara dua punca, jadi arus yang melalui setiap perintang adalah sama. Berikut merupakan perintang-perintangan yang disambung secara siri.
1.3 Ciri-ciri Litar Siri
a. Nilai arus melalui setiap perintang adalah sama.
b. Voltan susut melintangi setiap perintang adalah tidak sama bergantung kepada nilai perintang.
c. Hasil campur semua voltan susut di setiap perintang adalah bersamaan dengan voltan sumber.
d. Jumlah perintang di dalam litar siri adalah hasil campur kesemua nilai perintang di dalam litar.
1.3 ARUS DI DALAM LITAR SIRI
Arus adalah sama di setiap point pada litar siri. Arus yang melalui setiap perintang adalah sama dengan arus yang mengalir pada perintang-perintang lain.
1.3 RINTANGAN DI DALAM LITAR SIRI
Jumlah rintangan di dalam litar siri ialah hasil tambah bagi setiap nilai perintang di dalam litar siri. Semakin tinggi nilai rintangan di dalam litar, semakin banyak tentangan terhadap arus.
RT = R1 + R2 + R3 + . . . . . + Rn
contoh 1 :
RT = R1 + R2 + R3 + R4 + R5
= 56W + 100W + 27W + 10W + 47W
= 240W
1.3 HUKUM OHM DALAM LITAR SIRI
Berikut merupakan beberapa kata kunci untuk diingatkan apabila menganalisa litar siri.
a. Arus yang melalui sesuatu perintang adalah sama pada setiap perintang yang
lain, ia adalah arus keseluruhan litar.
b. Sekiranya diberi VT dan RT, arus keseluruhan litar IT boleh dikira menggunakan rumus berikut:
VT
RT
c. Apabila, salah satu voltan susut diketahui maka arus boleh dikira menggunakan formula seperti di bawah :
d. Jika nilai arus total diberi, kita dapat menentukan nilai voltan susut melintangi setiap perintang dengan ….
VR = ITR
a. Polariti voltan susut pada perintang adalah ditandakan sebagai positif apabila salah satu hujung perintang berhampiran dengan terminal positif punca bekalan.
b. Arus yang melalui perintang adalah pada arah positif perintang ke arah negative perintang.
c. Apabila terdapat, buka di dalam litar siri maka akan menghalang pengaliran arus oleh itu tiada susut voltan pada setiap perintang. Kita akan perolehi nilai voltan total pada point yang terbuka itu.
No comments:
Post a Comment