Saturday, August 6, 2011

nota-asas elektrik

HUKUM OHM
Jika rintangan (R) yang diberi kepada pengaliran arus (I) ditambah, manakala voltan (V) tetap seperti peringkat permulaan (tidak berubah) arus akan berkurangan dengan menganggap suhu rintangan itu tidak berubah.

Dengan bertambahnya rintangan R akan mengurangkan I, jadi I adalah berkadar songsang dengan R. I, V dan R dirangkaikan secara am dinamakan Hukum Ohm. Hokum ohm menyatakan bahawa arus yang mengalir di dalam litar adalah berkadar terus dengan voltan dan berkadar songsang dengan rintangan dengan menganggap suhu rintangan tidak berubah.
1.0          LITAR SIRI

1.1       Mengenalpasti Litar Siri

            Litar siri ialah litar elektrik yang mempunyai cuma satu laluan arus di antara dua punca, jadi arus yang melalui setiap perintang adalah sama. Berikut merupakan perintang-perintangan yang disambung secara siri.
1.3        Ciri-ciri Litar Siri
a.    Nilai arus melalui setiap perintang adalah sama.
b.    Voltan susut melintangi setiap perintang adalah tidak sama bergantung kepada nilai perintang.
c.    Hasil campur semua voltan susut di setiap perintang adalah bersamaan dengan voltan sumber.
d.    Jumlah perintang di dalam litar siri adalah hasil campur kesemua nilai perintang di dalam litar.

1.3          ARUS DI DALAM LITAR SIRI
Arus adalah sama di setiap point pada litar siri. Arus yang melalui setiap perintang adalah sama dengan arus yang mengalir pada perintang-perintang lain.
1.3       RINTANGAN DI DALAM LITAR SIRI

Jumlah rintangan di dalam litar siri ialah hasil tambah bagi setiap nilai perintang di dalam litar siri. Semakin tinggi nilai rintangan di dalam litar, semakin banyak tentangan terhadap arus.
RT = R1 + R2 + R3 + . . . . . + Rn

contoh 1 :
RT = R1 + R2 + R3 + R4 + R5             
     = 56W + 100W + 27W + 10W + 47W
    = 240W
1.3        HUKUM OHM DALAM LITAR SIRI

Berikut merupakan beberapa kata kunci untuk diingatkan apabila menganalisa litar siri.
a.        Arus yang melalui sesuatu perintang adalah sama pada setiap perintang yang
      lain, ia adalah arus keseluruhan litar.

b.      Sekiranya diberi VT dan RT, arus keseluruhan litar IT boleh dikira menggunakan rumus berikut:
VT
                                                            IT  =    
                                                                        RT

c.    Apabila, salah satu voltan susut diketahui maka arus boleh dikira menggunakan formula seperti di bawah :

                                                           
                                                I  =      VR/R
                                                        
d.    Jika nilai arus total diberi, kita dapat menentukan nilai voltan susut melintangi setiap perintang dengan ….

                                                                        VR  =    ITR

a.    Polariti voltan susut pada perintang adalah ditandakan sebagai positif apabila salah satu hujung perintang berhampiran dengan terminal positif punca bekalan.
b.    Arus yang melalui perintang adalah pada arah positif perintang ke arah negative perintang.

c.    Apabila terdapat, buka di dalam litar siri maka akan menghalang pengaliran arus oleh itu tiada susut voltan pada setiap perintang. Kita akan perolehi nilai voltan total pada point yang terbuka itu.
 

nota-asas bateri

Bateri adalah dua atau lebih sel disambung secara siri dan bateri juga adalah salah satu sumber arus terus tulin yang juga sumber tenaga yang tidak banyak mencemarkan udara. Tenaga dihasilkan dengan tindak balas kimia ke atas plat. Jangka hayat bateri tertakluk kepada jenisnya dan ada diantaranya sehingga menjangkau 25 tahun.

 

Bateri terdiri dari dua jenis:-

  1. Sel kering – banyak digunakan dalam penggunaan domestik. Beberapa jenama terkenal telah menggunakan nikel kadmium untuk bateri jenis ini dimana ia lebih tahan lama serta ringan dan boleh dicaj semula sebanyak 1000 kali.
  2. Sel basah – Terdiri daripada sel sekunder. Digunakan untuk tugas berat. Dikenali sebagai sel basah kerana sel jenis ini menggunakan tindak balas cecair kimia dalam menghasilkan sumber arus terus.

JENIS-JENIS SEL KERING / SEL PRIMER


a) Sel Leclanche
i)     Sel Leclanche Basah
ii)    Sel Leclanche Kering
 b) Sel Zink Udara
 c) Sel Merkuri
 

ramadan yg tiba....

"Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith).

Monday, January 17, 2011

kita dan sebenarnya...

Wahai orang yang beriman! Peliharakanlah dirimu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, atasnya (penjaganya) para malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan mengerjakan apa yang diperintahkan. [Surah al-Tahrim 66:6]